.

.
JCM Gold

Tuesday, January 04, 2011

Nukilan Rasa Dari Y.D.P Brader Negeri Perak - Abang Bent


As Salam, Salam Hormat serta Salam Perpaduan 1 Malaysia.

31.12.2010 adalah hari yang bersejarah bagi Majlis Tiga Naga Malaysia kerana telah menjayakan dengan MAJLIS LEPAK SANTAI 2010 SEMPENA MENYAMBUT TAHUN BARU 2011 di Teluk Kemang, Port Dickson,Negeri Sembilan yang di pengerusikan oleh YDP Brader Negeri Selangor (Angah Kaloi) dengan jayanya.

Kami semua Brader-Brader dan adik-adik ahli M3NM telah sampai ke pejabat Pengasas Tiga Malaysia YM Brader Yas jam 5.30 ptg. Kami telah disambut dengan penuh kemesraan. Jelas kegembiraan terbayang diwajah beliau akan kehadiran kami. Di pejabat, beliau telah memberi kami souvenir tiap-tiap seorang. Terima kasih diucapkan kepada YM Brader Yas.

Pada malam harinya kami telah mengadakan BBQ dan menyambut kedatangan Tahun Baru 2011 di pantai Teluk Kemang bersama YM Pengasas Tiga Malaysia (YM Brader Yas). Majlis bermula jam 7.30 mlm dan berakhir jam 1.00 pagi dan kami pun ke tempat penginapan masing-masing di Seri MasBulan Resort setelah selesai BBQ.

(Penghuni-penghuni Bilik A309 belum lena - bersembang sambil menikmati makanan hingga jam 6.00 pg)

Pada keesokkan harinya, check-out jam 11.00 pg terus ke pejabat M3NM untuk bersarapan dan mendengar taklimat, nasihat serta hala tuju M3NM yang disampaikan oleh YM Brader Yas selaku Pengasas Majlis Tiga Naga Malaysia. Selesai taklimat jam 2.00 ptg kami telah berkonvoi ke Kuala Pilah yang di ketuai oleh YM Brader Yas untuk menghadiri majlis perkahwinan YDP Brader Hazry (YDP Brader Wilayah K.Pilah). Setelah itu kami bertolak balik ke destinasi masing-masing dengan penuh kenangan. Perpisahan setelah bersama beriringan.

Disini kami YDP Brader-Brader dan adik2 ahli M3NM ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YM Brader Yas kerana telah bertungkus lumus menyediakan tempat penginapan dan peralatan serta pelbagai jenis menu BBQ pada malam tersebut. Tak lupa juga kepada YDP Brader Negeri Selangor (Angah Kaloi) yang telah berjaya menjayakan Majlis Lepak Santai 2011 dengan jayanya.

Sudah menjadi lumrah kehidupan setiap yang bermula akan berakhir, Setiap perjumpaan, ada perpisahan...insyaallah kita akan berjumpa kembali....


SELAMAT MAJU JAYA MAJLIS TIGA NAGA MALAYSIA
Kita seirigan melangkah
Namun...kerana kejujuran
Dan keikhlsan
Kegembiraan dikongsi bersama
Kedukaan dirasai bersama
Itulah secebis harapan dari abg adik M3NM
Yang amat merindui kenangan
Dan gelaran abg adik tetap tersemat dihati kami

Dari BRADER DAN ADIK

Majlis Tiga Malaysia

3 comments:

skyinfinity said...

nice picture

GuA!!! said...

pengalaman yang cukup menarik bersama ahli 3 nga... wlau pon hanya sesetengah yang hadir tetapi mlam itu adalah event paling sempoi n gempak..
alhamdullh n syukur nikmat terhadap yang maha Esa kerana memberkati majlis pada malam tu...
insyallah xlama lagi mesti akan ade lagi majlis2 yang macam ni.. harapan angah supaya ianya akan tetap gempak n meriah .. HIDUP 3 NAGA MALAYSIA

Al Danny said...

salam 3NA[1167]
Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada YM Brader Yas& Semua Brader2 kerana sgup melayan adik2 yg bru dlm M3NM ini,bagi saya&isteri inilah pengalaman yg xdpt dilupakan.mmg byk memberi pengertian..As salam,Salam 3Naga....

Post a Comment

News Membership

» GREETINGS RESPECT & GREETINGS AFFECTION 3 DRAGONS.

PERMOHONAN KEAHLIAN BARU DIBUKA KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG BERMINAT DENGA PERNIAGAAN . (SILA HUBUNGI BRADER YAS DI TALIAN 017-2501814......